5 Kaedah Membuat Duit di Internet Bagi Yang Rajin Menulis

Bismillahirrahmanirrahim…

Menjana pendapatan yang halal di Internet ini terlalu banyak cabang sebenarnya. Hanya mungkin kita tidak bertemu dengan apa yang sesuai bagi kita yang mana boleh dikatakan sebagai lubuk rezeki kita. Sabar dan teruskan berusaha. Saya ingin berkongsi sedikit berdasarkan pengalaman saya sendiri bagaimana mereka yang ada minat dan kerajinan menulis boleh sahaja menjana pendapatan di internet melalui kemahiran tersebut. Lebih baik lagi sekiranya anda mempunyai kemahiran menulis di dalam bahasa inggeris kerana boleh melebarkan bakat tersebut untuk menerima bayaran dalam nilai USD. Menarik bukan? OK, saya kongsikan sebahagian lapangan yang boleh diceburi:

1.Blogging

Ya, blogging adalah salah satu kaedah yang boleh menjana pendapatan sekiranya kita gemar menulis. Kongsikan sesuatu yang unik atau apa sahaja yang boleh menarik perhatian ramai ke blog kita. Sekiranya semakin ramai pelawat ia bole mengundang pelbagai limpahan rezeki. Contohnya ada syarikat2 yang bersedia meletakkan iklan mereka di blog kita atau kita boleh sahaja sertai mana2 program yang menawarkan diletakkan iklan dan mereka akan bayar berdasarkan jumlah klik dan view. Kita boleh promosikan produk2 affiliate ataupun niagakan apa jua barangan yang kita fikirkan sesuai diniagakan. Blog sebenarnya boleh membuatkan orang lebih mudah mempercayai dan yakin untuk berurusniaga dengan kita. Ruang rezeki daripada blog ini tiada sempadan.

2. Menulis Artikel

Peluang ini lebih besar jika anda ada kemahiran menulis artikel di dalam bahasa inggeris. Saya pernah menjana ribuan ringgit daripada salah satu program iaitu Associated Content satu ketika dahulu pasaran di situ mula menjadi tepu disebabkan lambakan artikel2 yang kurang kualiti. Namun begitu setakat ini sehingga 2017, terdapat ratusan website2 yang bersedia melantik dan membayar anda untuk menulis. Pendek kata jika fokus, setakat $10 sehari tiada masalah untuk anda. Cubalah!

3. Menulis Komen di Forum

Percaya atau tidak dengan menulis beberapa komen di forum juga kita boleh dibayar. Mudahkan? Sekali lagi kebanyakkan perkhidmatan ini adalah untuk forum2 berbahasa inggeris. Bayarannya adalah antara $0.20 sehingga $1 untuk satu komen. Agak letih tetapi daripada tiada apa2 langsung lebih baik ada juga sedikit imbuhan daripada apa yang kita minat. Mungkin dari situ peluang2 yang lain akan tiba pula. Untuk kaedah ini juga saya pernah lalui dan rasanya sehingga kini masih ada yang perlukan perkhidmatan seperti itu. Boleh cuba singgah ke forum Digitalpoint.com.

4. Menulis Swipe atau Ayat2 Copywriting

Ini juga perlukan kemahiran. Jika anda memang pandai reka ayat power2 sehingga mampu menarik orang ramai menyertai sesuatu program atau beli apa2 barangan. Mudah bicara ayat2 yang mampu ‘close sale’, memang ramai yang perlukan perkhidmatan anda di luar sana. Perkara ini boleh dipelajari. Mungkin selain menawarkan perkhidmatan, kita juga boleh praktikkan untuk pasarkan produk sendiri.

5. Menulis Ebook

Anda ada idea dan kemahiran lain yang boleh dijual sebagai produk digital? Maka usahakan tulis sebuah ebook dan pasarkan. Namun begitu ilmu pemasaran internet juga perlu dipelajari. Tidak susah tetapi fokus itu yang biasanya payah. Betapa ramai internet marketer diluar sana yang membuat duit dengan memasarkan ebook mereka. Jika mereka boleh mengapa tidak kita.

Rasanya cukuplah setakat 5 ini dahulu. Banyak lagi peluang sebenarnya. Perhatikanlah dari 5 ini mana yang mungkin sesuai dengan diri kita, maka tunggu apa lagi! Jom buru rezeki halal!

Abu Ammar

Sila kongsikan jika bermanfaat....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *