AWAS! Si Penipu Bersiri RM 70 Bernama Khairul

Bismillahirrahmanirrahim…

Kisah ini hanya sebagai peringatan supaya bagi yang terbaca saya harap berhati-hati sekiranya tiba2 anda pula dihubungi oleh orang yang serupa. Apapun begitu, nasihat saya usah jadikan kisah ini sebagai alasan untuk kita tidak membantu orang dalam kesusahan di kemudian hari. Niat baik kita itu tetap ada nilai di sisi ALLAH, inshaALLAH….

Baiklah, kisahnya begini….

Semasa Ramadhan tempohari saya dihubungi seseorang yang katanya beliau adalah salah seorang peserta program yang pernah saya anjurkan di Johor Bahru. Menurut beliau, ketika itu beliau sedang berhadapan dengan sedikit kesulitan selepas menziarahi kematian di Johor. Katanya beliau tidak cukup duit bagi menampung minyak dan tol untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sudilah apa kiranya jika saya dapat membantu meminjamkan sekurang-kurangnya RM 70 kepada beliau. Sudahlah begitu, bersama2 beliau di dalam kereta ialah 2 orang anak dan isteri yang baru bersalin.

(Allah.. bila terkenangkan ada bayi dalam kereta saya teringat keadaan saya sendiri sewaktu kereta tersadai di tengah2 jalan dalam keadaan panas terik yang mana pada waktu itu anak saya baru berusia 2 minggu.)

Jadi, fikir saya pada ketika itu, orang ini perlu dibantu walau apa cara. Saya buang sebarang rasa curiga. Mungkin ALLAH hendak beri peluang saya bersedekah, kata hati saya. Cuma masalahnya pada ketika itu adalah saya masih di Masjid sedang melaksanakan solat tarawih. Siapa pula yang boleh bantu saya? Akhirnya segalanya selesai dengan bantuan salah seorang kenalan baik. Cuma yang sedikit menjadi tanda tanya ialah apabila telah selesai segalanya.

Segala mesej saya, tanya khabar keadaan beliau, isteri dan anak2, langsung tidak dijawab. Apapun saya masih bersangka baik lagi. Mudah-mudahan masalahnya selesai dan saya tidak fikir lagi tentang itu sehinggalah ke hari ini saya terbaca satu perkongsian dengan kisah yang serupa. Perjalanan cerita, alasan yang diberikan 100% sama maka saya fikir ada sesuatu yang tidak kena dan saya patut kongsikan agar teman2 sekelian berhati-hati. Orang sekarang mahu menipu dengan pelbagai cara. Paling tidak perkongsian ini dapat menyelamatkan orang lain daripada ditipu tetapi jangan pula jadikan kisah ini alasan untuk kita tidak mahu bantu orang yang berada dalam kesulitan.

Berhati2 itu wajar. Sangka baik itu mesti. Jangan bimbang, ALLAH Maha Adil.

Abu Ammar

Sila kongsikan jika bermanfaat....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *