Bagaimana hendak muat turun (Download) video Youtube

      No Comments on Bagaimana hendak muat turun (Download) video Youtube

Rupanya masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana hendak memuat turun video daripada youtube ke komputer. Bagi yang sudah tahu memanglah nampak perkara ini mudah namun bagi yang belum tahu tentunya sedang mencari-cari maklumat bagaimana hendak melakukannya. Baiklah, kami kongsikan salah satu kaedah yang paling mudah untuk memuat turun video daripada Youtube ke komputer.

Untuk permulaan sila ke Youtube.com . Kemudian pilih mana-mana video yang menjadi pilihan hati dan ‘copy’ link address bagi video tersebut.

Selepas itu sila buka laman web KeepVid.com . ‘Paste’ link address video tadi ke kolum di sebelah butang download dalam laman web tersebut.

Kemudian klik pada butang download dan kita akan dapat lihat ada pilihan untuk memuat turun di situ. Setiap jenis fail mempunyai kadar saiz dan kualiti video yang berbeza. Pilihlah ikut citarasa.

Setelah buat pilihan, halakan ‘cursor’ pada butang download dan klik pada butang mouse sebelah kanan. Pilih ‘Save Link as”

Baik, seterusnya pilih destinasi mana hendak disimpan fail tersebut. Namakan semula fail jika mahu dan tekan butang ‘enter’. Proses muat turut bermula hingga selesai.

Macammana? Mudahkan? Selamat memuat turun!

Sila kongsikan jika bermanfaat....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *