Peluang Mempunyai Laman Web Perniagaan Anda Sendiri!

Salam Semua,

Agak lama juga saya tidak menulis di ruangan Rezeki Halal ini kerana agak sibuk dengan tugasan harian. Alhamdullilah syarikat yang saya bekerja kini telah mempunyai data center sendiri yang membolehkan kami menawarkan pakej hosting yang murah dan berkualiti. Pelancaran rasmi di jangka pada Januari 2009 tetapi saya di beri kuasa untuk menwarkan perkhidmatan ini kepada warga Rezeki Halal.

Ini dia apa yang syarikat ini tawarkan:

Pakej StartUp - Harga RM150 setahun

  • Unlimited domain - anda boleh beli sebanyak domain yang anda mahu dan letak di sini
  • Unlimited bandwidth - anda tak perlu risau bandwidth anda tak cukup jika banyak trafik
  • Unlimited email - anda boleh ada sebanyak email yang anda mahu
  • Unlimited mysql - anda boleh ada sebanyak database yang anda mahu
  • Unlimited subdomain - anda boleh punyai subdomain sebanyak mungkin
  • 3GB Harddisk - ini tak unlimited tapi memang cukup banyak and boleh tambah jika mahu
  • Dan banyak lagi yang tidak di sebut

Untuk Pakej Basic - RM200 tambahannya ialah hardisk sebanyak 5GB dan Pakej SME - RM300 tambahannya hardisk sebanyak 10GB.

Untuk nama domain kami caj RM50 atau anda boleh beli sendiri di http://www.namecheap.com . Untuk warga Rezeki Halal saya akan installkan SEO WordPress olen Jeff Johnson secara percuma.

Anda juga boleh hubungi kami untuk Simple Web Design - Harga murah dan berpatutan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya:

Zahiruddin - 019-2174400
Affendy - 019-22221900

p/s: Terima kasih atas sokongan anda semua. Jika anda berminat anda juga boleh memperolehi komisyen untuk mempromosi hosting ini. Anda boleh sertai affiliate ini secara percuma dan akan dapat bayaran untuk setiap jualan. Nantikan berita ini dari saya.

Sekilas Pandang Di Dalam Kaabah

November 20, 2008 by Zahiruddin  
Filed under Bab Rezeki, Feature, Hakikat, Hikmah, Makluman, Maklumat, Rahsia, Umum

Salam,

Saya ingin kongsi mengenai gambar yang menunjuk dalam Kaabah di Mekah. Saya dapat gambar ini pun dari email. Bukan semua orang boleh masuk ke dalam Kaabah hanya orang-orang tertentu dan ada pengaruh di benarkan masuk ke dalamnya. Bagi kita orang awam agak sukar untuk masuk atau melihat apa yang ada di dalamnya.

 

 

Kunci Utama Rezeki - Diri, Keluarga Dan Masyarakat

Salam kepada semua,

Saya sudah agak lama tidak membuat post di Rezeki Halal ini atas alasan sibuk dengan kerja dan diri sendiri. Rakan-rakan yang lain juga agak sibuk dengan urusan masing-masing. Hari ini saya ada peluang sedikit untuk berkongsi tips Kunci Utama Rezeki yang saya pelajari dari seorang sahabat saya.

Kunci Yang Pertama - DIRI - anda perlu bersikap adil kepada diri anda sendiri. Anda perlu sayangi diri anda sendiri. Jangan perlekehkan diri sendiri. Pastikan diri sendiri boleh berdiri jika tidak ia bukan dinamakan diri. Jika anda berkerja makan gaji pastikan setiap akhir bulan ada bahagian yang wajib anda bayar iaitu DIRI anda sendiri. Pastikan diri anda itu dibayar - paling kurang 10% dari pendapatan anda.Selepas bayar DIRI anda baru bayar hutang dan keperluan yang lain. Bukan bayar yang lain dulu dan yang baki anda punya. Biasanya bila dah bayar yang lain dah tiada baki untuk DIRI. Anggap dia macam Bank juga yang selalu anda bayar setiap bulan. Perlu hargai diri anda baru boleh hargai yang lain.

Kunci Yang Kedua - KELUARGA - Kita hidup ini berkeluarga - samada isteri dan anak atau ibu dan bapa. Kita perlu jaga amanah yang telah di beri pada kita ini. Untuk yang berumahtangga tanggung jawab anda ialah jaga keluarga anda dengan memberi nafkah dan masa. Pastikan keluarga anda rukun dan terurus. Keluarga yang rukun damai dan terurus menjemput REZEKI masuk dalam unit keluarga tersebut. Penuhi hasrat anak-anak anda yang inginkan sesuatu dari anda. Kalau tiada duit atau harta berikan lah MASA itulah sebaik-baiknya. Masa anda bersama andak anda dan isteri itu akan menambahkan RAHMAT Allah terhadap anda.

Kunci Yang Ketiga - MASYARAKAT - Bila unit DIRI dan unit KELUARGA dan tersusun rapi dan amak damai secara tak langsung MASYARAKAT akan jadi aman makmur dan kukuh perpaduan. Ekonomi juga berkembang biak secara tersusun. Setiap kita baiki DIRI dan KELUARGA kita sendiri maka secara ta langsung akan terbentuk masyrakat yang cantik dan kukuh.

Harap ini dapat membantu serba sedikit perihal Rezeki.

Zahiruddin

YANG MANA DULU RUKUN IMAN / RUKUN ISLAM?

October 9, 2008 by hamba  
Filed under Amalan, Bab Rezeki, Doa, Hakikat, Maklumat, Tips, Umum, Uncategorized

Assalammualaikum!!!! dah lama saya tak menulis apa2 diruang ini…… sempena hari raya dan bulan syawal yang mulia ni. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin…… Saya menulis ini hanya ingin berkongsi hak kita semua….ia nya bukan milik saya….atau milik sesiapa….tetapi untuk mereka yang merasakan bahawa mereka adalah seorang hamba…..bukan hamba pada dunia tetapi pada pencipta yang satu yang haq…..

Selalunya kita lupa dan kadang2 kita sedar siapa kita….kenapa kita dilahirkan…adakah kita dilahirkan untuk menjadi doktor,ulama,peniaga, jutawan atau apa2 pun keadaan kita sekarang…..”KENAPA AKU DILAHIRKAN”. Tapi sayangnya bukan ini yang hendak saya ceritakan….Apa yang hendak saya ceritakan adalah bab solat……Isteri saya dilahirkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada rukun islam…..yang selalu jadi topik hangat adalah “solat”…..

Inilah topik yang ingin saya tuliskan “SOLAT” Isteri saya selalu tegur dan menjadi marah tentang solat ni……..Saya tidak pernah mengatakan tidak perlu lakukan solat….tapi yang menjadi persoalannya bagaimana kita hendak melakukan solat sekiranya kita tidak faham dan tidak tahu apa yang kita buat……adakah kita lakukan solat kerana ia nya wajib/ kerana takut pada seseorang……atau sesuatu / kerana solat wajib…kita sama dengan burung kakak tua….cakap tapi tak atu apa yang dicakapkan…..

Seperti yang pernah saya tulis dahulu…..kita belajar agama terbalik…….yang dahulu kita kemudiankan,yang kemudian kita dahulukan…..cuba kita fikirkan agama islam adalah satu agama yang penuh dengan tertip dan halus tetapi kenapa di negara kita terlalu ramai orang islam yang terjerumus kelembah maksiat……kalau nak kata didikan agama tak cukup ada yang lepasan alazhar mesir pun hancur…..ada tahfiz pun hancur……saya bukan nak menunding kepada sesiapa…..ini berlaku kerana tiada ruh….. rukun islam adalah jasad (syariat) rukun iman adalah ruh…….

Ibu dan bapa paksa anak mereka solat……hantar anak mengaji hantar anak sekolah agama……tetapi kosong…..kerana mereka tak kenal yang maha esa. bila tanya kamu agama apa mereka jawap islam….siapa tuhan kamu Allah…. bukti kepercayaan kita pada Allah tiada…..”CUBA KITA DUDUK DIAM DAN TANYA APA BUKTI AKU YAKIN DAN PERCAYA PADA ALLAH”

Dalam rukun iman semuanya ghaib(tidak dapat dilihat dengan mata) kecuali al-quraan….Jadi apa bukti shahih yang mengatakan al-quraan yang kita baca adalah 100% datang dari Allah…..sedangkan mazhab dah terpecah 72…… masing2 mengatakan mazhab masing2 betul……sekarang bukan soal betul atau salah…..persoalannya yang mana yang sebenarnya 100% datang dari Allah kepada Muhammad s.a.w……bukan yang terbentuk dari idealogi dan pandangan imam atau seseorang…….

Bagaimana kita hendak meyakini Allah sedangkan kita tidak mengenali Allah “AWAL-AWAL MENGENAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH” Untuk mengenal allah seolah2 menjadi satu rahsia….hanya golongan tertentu yang dapat dan boleh belajar…..sedangkan Allah turunkan islam untuk semua bukan untuk seseorang atau kaum yang tertentu….

Apabila kita telah mengenal Allah maka rukun iman yang lain dan rukun islam menjadi senang……tak perlu kita belajar ilmu hukum yang terlalu banyak tak perlu kita belajar ilmu haram atau haram……kerana bagi orang yang mengenali allah maka mereka tidak akan terdorong untuk melalukan kejahatan dan perkara2 yang dibenci oleh Allah….

Bila kita sudah mengenal Allah maka kita faham kenapa kita soalat….kenapa ada rukuk,sujud tahyat dan sebagainya…..

Akhir kata renunglah kata2 ini :

“Janganlah kita melakukan sesuatu yang kita tidak mengetahuinya dan jangan lah kita meninggalkan sesuatu dengan alasan kita tidak mengetahuinya”

Moga2 Allah merahmati hidup kita……..”TIDAK ADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN ALLAH DAN TIADA YANG BOLH MEMUDARATKAN AKU MELAINKAN ALLAH”

Oxado Bakal Menggantikan Adsense!

Salam,

Agak lama juga saya tidak menyentuh perihal menjana “Income” dari internet - adsense, affiliate, clickbank, dan yang lain atas alasan sibuk bekerja dan memberi tumpuan sepenuh masa atas kerja-kerja offline. Tapi malam ini saya terserempak dengan satu program yang diberi nama Oxado dan secara dasarnya adalah amat menarik dan mudah untuk menjana “Income” . Maklumat lanjut sila di sini.

Pembayaran adalah melalui Paypal sebulan sekali. Program ini berasal dari Eropah. Perlu ada website untuk sertai secara PERCUMA sahaja. Website perlu bahasa Inggeris. Bahasa lain juga ada di senaraikan tapi BM tiada. Setiap website perlu mendapat kelulusan dari Oxado terlebih dahulu sebelum mempamer Ads Oxado. Proses kelulusan ini akan mengambil masa 7 hingga 10 hari.

Zahiruddin

p/s: Proses kemaskini sedang di jalankan secara berperingkat.

Dalam Diri Kamu Ada Kebesaran Tuhan!

September 24, 2008 by Zahiruddin  
Filed under Bab Rezeki, Hakikat, Hikmah, Maklumat, Rahsia, Tips

Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan Dr Jamnul Azhar memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak

“Dalamdiri-diri kamu ada kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihatkeduatapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam BahasaArabdan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 +18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:- 

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullahs.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan

Kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garammenggunakan jari kecilnya (kelingking), lalu Rasullah saw akanmenghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macamenzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Iniadalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapatmenolongproses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral daritanah ygdiperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam jugaadalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah

dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapatmenghalangsihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelummakan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria Dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar danjanganbernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas ygbesar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide,yangapabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengancuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah>disebat 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amarantentangkesakitanitu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawanVirus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibody melawanvirus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walau pun disebat100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi denganitu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virusHIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian.

Ini pula sedikit informasi perihal Ka’bah diberikan oleh Mudaris Iskandar:

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi?

Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian olehpara cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, di mana iadi umpamakan,seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijakyang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 Imam Besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenarankeempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Hakikat Doa Harian - Oleh Saudara Rohaizad

September 24, 2008 by Zahiruddin  
Filed under Amalan, Bab Rezeki, Doa, Hakikat, Hikmah, Rezeki Halal

 

Segala Puji Bagi ALLAH, Tuhan Seru Sekalian Alam

Selawat dan salam Kami sesungguhnya pada para2 rasul, para2 nabi, kaum keluarga dan para2 sahabat.

Kami memanjatkan kesyukuran kami di atas segala rahmat dan limpah kurniaMu yang datangnya melimpah2 dan tidak pernah putus

Kami bersyukur Kami menyerahkan dir Kami dan segala urusan hidup Kami ini kepadaMu

Sesungguhnya hanya padaMu tempat Kami berharap, berserah dan tempat Kami meminta pertolongan

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Kami dan Kami ini adalah hambaMu
Dan Kami tiada daya dan upaya melainkan dengan izinMu

Kami bersyukur ALLAH senantiasa memudahkan segala urusan Kami
Kami bersyukur ALLAH senantiasa menceriakan hari2 Kami
Kami bersyukur ALLAH murahkan rezeki Kami
Kami bersyukur ALLAH membuka pintu rezeki Kami
Kami bersyukur ALLAH membuka pintu kekayaan langit dan bumi

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu
Kami bersyukur ALLAH senantiada memberkati rezeki Kami

Kami bersyukur ALLAH semaikan rasa cinta dan kasih saying di dalam jiwa dan hati Kami
Kami bersyukur ALLAH bimbing Kami yang tidak tahu ini menuju kebahagiaan yang HAKIKI 

Kami bersyukur ALLAH senantiasa melindungi isteri, anak2 dan adik beradik Kami
Kami bersyukur ALLAH jadikan meraka anak2 yang soleh dan hamba2Mu yang taat

Kami bersyukur ALLAH tempatkan mereka bersama hamba2Mu yang redha lagi diredhai
Kami bersyukur ALLAH mengampuni segala dosa2 Kami,

Dosa2 yang Kami sedari dan dosa2 yang Kami tidak sedari

Samada Kami mengerti dan Kami tidak mengerti
Kami bersyukur ALLAH mengampuni segala dosa2 ibu dan bapa Kami
Kami bersyukur ALLAH mengampuni dosa2 isteri dan anak2 Kami, kaum keluarga Kami
Dan sekalian kaum muslimin dan muslimat

Samada yang masih hidup ataupun yang dah kembali ke rahmatMu

Kami bersyukur ALLAH kurniakan Kami kesejahteraan dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat

Kami bersyukur ALLAH  membimbing kami yang tidak tahu ini ke jalan yang benar

Kami bersyukur ALLAH senantiasa membimbing di dalam setiap detik perjalanan hidup Kami ini….

Amin

Makluman: Saya Sedang Update Rezeki Halal Secara Berperingkat.

Salam,

Saya sedang cuba cari artikel yang telah di post di Rezeki Halal dan cuba isikan mana yang terdaya. Harap maaf atas kesukaran yang di hadapi. Walau bagaimanapun saya amat bersyukur pada Allah kerana memberikan ujian ini pada saya. Apa yang saya belajar ialah untuk belajar “melepaskan perkara yang lalu” (letting go). Memang agak sukar nak lepaskan perkara lalu sebab ia telah jadi memori dan asyik membelengu kita.

Itulah sebenarnya hakikat kehidupan - ia sentiasa dinamik dan berubah - apa yang kita ada sebenarnya bukan milik kita dan ia tak pernah jadi milik kita. Kita sendiri yang perasan ia milik kita dan kita kata milik kita. Jadi jika ia bukan milik kita kenapa kita gundah gulana bila kehilangan.

Itu lah yang perlu saya didik hati saya dan amalkan dalam kehidupan saya. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keampunan.

Terima Kasih

Zahiruddin

Nikmat Bulan Ramadhan Dan Bulan Menilai Diri Sendiri

Salam kepada semua,

Pertama kali saya ingin ucapkan selamat menjalani ibadat puasa ramadhan. Semoga kita semua di berkati dan di rahmati oleh Allah s.w.t. Agak lama juga saya tidak menulis di ruangan ini kerana sibuk dengan kerja harian di pejabat.

Bulan ramadhan ini memang istimewa kerana ia merupakan bulan contoh untuk semua bulan. Jika diri kita ini taqwa, redha, bersyukur, sopan santun, berbudi bahasa, baik akhlak dan segala yang baik ketika ramadhan ini maka jadikanlah contoh pada bulan-bulan yang lain. Kita bawa pengalaman ramadhan kita ini ke semua bulan-bulan yang lain.

Suasana tenang ramadhan ini kita jadikan dia platform untuk kita menilai diri dan menetapkan halatuju kita. Kita nekad untuk baiki diri dan jadikan esok lebih baik dari hari ini.

Saya sendiri bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberikan pengalaman-pengalaman yang sentiasa berubah dan tak pernah sama. Apa yang saya maksudkan ialah pengalaman yang Allah berikan itu tak akan sama di antara satu individu dengan individu yang lain. Itulah dia kebesaran Allah yang Maha Esa yang menguasai segala-galanya. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita ini dari diri kita sendiri.

Walau apa pun dahulukan Allah dalam segala perkara. Saya sendiri pun sedang melatih diri saya ini untuk dahulukan Allah dalam setiap perkara. Saya juga sedang muhasabbah diri saya dan memperbaiki arah tujuan saya supaya lebih jelas dan bermakna.

Apa yang saya lalui sekarang adalah menjadi bekal untuk apa yang saya akan nik mati kemudia. Saya belajar dari Dr Robert Anthony dan juga Al Quran. “Kita datang ke dunia ini tanpa apa-apa dan akan pulang juga tanpa apa-apa. Maka bukanlah tujuan kita di dunia ini untuk mengumpul dan mencari barang2 untuk di bawa balik ke alam akhirat” . Tujuan kita ialah untuk menikmati nikmat kejadian kita yang di beri Allah “RASA” hidup iaitu rasa “KEWUJUDAN”.

Nikmat rasa yang di berikan oleh Allah itu pula di uji untuk tidak lupa asal kejadian dan tidak lupa akan siapa yang menjadikan. Di sini saya tidak bermaksud kita tidak perlu jadi kaya. Kita wajib kaya - harta, benda, akhlak yang baik dan segalanya tetapi jangan lupa TUJUAN ASAL kita. Dengan kekayaan kita mampu membantu diri kita dan juga keluarga kita untuk lebih ingat kepada Allah.

Bayangkan jika kita susah. Kita juga akan susah mengerjakan ibadat kita yang ikhlas pada Allah. Kita buat ibadat kerana nak senang dan bila senang pula malas beribadat. Itulah antara ujian Allah yang berterusan selagi kita ada hayat. Maka kita perlulah ingat Allah setiap waktu dan saat.

Terima kasih. Wassalam.

Zahiruddin - http://www.uruswang.com

Bila Ramadhan Dah Sampai Ke Penghujungnya

September 24, 2008 by Zahiruddin  
Filed under Amalan, Bab Rezeki, Hikmah

Salam semua,

Syukur saya kepada tuhan kerana masih berupaya menulis lagi di Blog RezekiHalal.com ini. Secara kebiasaannya saya akan mengurangkan aktiviti internet sebanyak 90%. Saya hanya buka tutup email sahaja. Itupun seminggu sekali. Maka banyak lah blog-blog saya ‘tersadai’ tanpa di update begitu juga dengan program-program internet yang saya sertai di internet tanpa di promosi.

Bulan ramadhan merupakan satu bulan untuk saya muhasabah diri. Terlalu banyak persoalan yang bermain di kotak pemikiran saya ini. Antaranya ialah Apakah sumbangan saya kepada keluarga, rakan-rakan, masyarakat dan Negara. Apa sumbangan saya kepada Islam? Adakah saya ikhlas beribadat kepada Allah swt? Setiap persoalan ini menyebabkan saya takut nak keluar rumah maka hanya memerap kat rumah. Dari awal tahun kita sibuk mencari rezeki maka sebulan di bulan ramadhan ini kita harus mencari ‘kekuatan’ untuk kita gunakan bagi setahun yang mendatang.

Bila diakhir ramadhan ini mulalah umat islam sibuk mencari keberkatan ‘Malam Lailatul Qadar’. Sekiranya anda beramal semata-mata untuk nak dapatkan kemuliaan Malam Lailatul Qadar anda sebenarnya telah pun GAGAL kerana anda BERPURA-PURA. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Kelebihan Lailatul Qadar ini hanya pada umat Islam yang ikhlas beribadat sahaja kepada Allah Swt tanpa memikirkan dosa dan pahala. Seperti yang saya katakan sebelum ini jika kita jadikan Akhirat sebagai matlamat utama Kekayaan di dunia akan datang dengan sendirinya. Insya Alah.

Akhir kata, sempena bulan yang mulia ini saya ingin memohon banyak KEMAAFAN kepada semua pembaca blog ini sekiranya ada artikel saya selama ini yang menguris hati & perasaan anda semua.

Tak perlu kita terlalu fikirkan banyak hal di dunia ini. Biarkan ia berlalu..Enjoy dan nikmati sepuas-puasnya saat kita sehari-hari dengan penuh keinsafan dan keimanan. ‘Let It Go’ Insya Allah kita akan sentiasa tenang menghadapi segala cabaran

Saya sudahi dengan ucapan ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI’ bersama keluarga tercinta. Semoga kita semua berjaya di dunia & akhirat. Amin.

Yang Ikhlas,
Saiful Anuar

Next Page »