Nilai Duit VS Kaedah Buat Duit

      No Comments on Nilai Duit VS Kaedah Buat Duit

Bismillahirrahmanirahim…

Apa yang saya hendak sampaikan? Sebenarnya masih berlegar dalam topik mencari rezeki yang halal terutamanya di ruang maya ini. Benar, tidak dinafikan terlalu banyak peluang sebenarnya untuk menjana pendapatan tanpa perlu kita berhempas pulas duduk di ofis dari pagi hingga petang tetapi hanya berbekalkan laptop dan talian internet sahaja di rumah. Ramai yang mengimpikan kehidupan seperti itu. Tidak perlu bersesak-sesak dalam traffik jem dan ditambahkankan lagi stress menghadapi politik di tempat kerja. Meletihkan bukan?

Lalu ramailah yang akan mula berlegar2 mencari jalan keluar dengan mengintai-intai peluang menjana wang di internet. Dengan satu keyword ‘buat duit dari rumah’ yang dimasukkan ke ejen pencarian ‘Google’ maka bertimbun-timbun info yang keluar sehingga kita menjadi serabut pula untuk memilih, mana satu yang paling berbaloi. Betul? Dan kebiasaannya, ramai yang teruja dengan nilai pulangan yang dijanjikan tanpa menyelidiki satu persatu tentang kaedah yang digunapakai samada sesuai ataupun tidak dengan kepakaran dan keupayaan sendiri.

Memang benar semuanya kita boleh belajar tetapi sejauh mana komitmen yang mampu kita berikan. Oleh kerana rambang mata, maka ramai yang tanpa fikir panjang terus beli apa2 produk yang menjanjikan teknik yang mampu beri pulangan lumayan berdasarkan web jualan. Setelah dibeli dan diperiksa produk tersebut dirasakan seperti agak sukar pula hendak dimulakan lalu mereka mula menangguhkan semangat yang sudah berkobar2 tadi. Beku seketika. Selang beberapa bulan mereka ulangi lagi perangai yang sama. Hasil masih tidak nampak. Ramai yang begitu bukan?

Kerana itu nasihat saya jangan terpengaruh sangat dengan nilai duit itu tetapi kaji juga kaedah yang bakal dipelajari samada ia sesuai dengan keupayaan kita atau tidak. Terkadang kita tidak tahu modal yang perlu dikeluarkan sebenarnya banyak lagi tetapi oleh kerana sudah gelap mata kita tidak fikir panjang. Ketika hendak mengambil langkah pertama untuk memulakan barulah kita sedar kemampuan kita sangkak pada modal rupanya.

Memang benar bisnes internet ini mampu beri pulangan yang lumayan jika kena gayanya bahkan 100% halal. Dan sesiapapun boleh melakukannya. Cuma dengan syarat, kena kuat semangat dan istiqomah. Ini bukan skim cepat kaya. Bukan sekadar labur duit boleh kaya tetapi perlu labur masa untuk belajar selok belok dan tekniknya. Pilih panduan yang betul, yang sesuai dengan kita. Elakkan tertipu dengan perasaan sendiri.

Jika ditanya pada saya, bagi saya kaedah yang saya fikir mampu memberi pulangan jangka masa panjang adalah Pemasaran Affiliate, Dropship atau Blogging. Lebih lumayan sekiranya kita terlibat dengan pemasaran luar contohnya UK dan US yang mana pembayarannya dalam nilai dolar. Tetapi untuk permulaan, libatkan diri di arena tempatan terlebih dahulu pun tidak mengapa.

Tenangkan diri, waraskan fikiran dan buat pilihan berlandaskan kajian. Bekalkan dengan iman agar mudah-mudahan rezeki yang halal kita perolehi sebagai pulangan.

Abu Ammar

Sila kongsikan jika bermanfaat....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *