Perniagaan Online: Bagaimana Hendak Bermula?

Bismillahirrahmanirrahim…

Ramai orang hendak memulakan perniagaan online tidak kira secara sepenuh masa atau sambilan kerana mereka fikir industri ini adalah jalan mudah untuk mendapat wang. Dengan sekadar duduk di rumah, beri masa 2-3 jam dihadapan laptop kemudian tunggu wang masuk. Kemudian tidak lama bergelar jutawan! Wah, semudah itukah? Tetapi maaf, ia tidak akan berlaku seperti itu. Tidak sekali-kali. Ini bukan skim cepat kaya. Untuk berjaya dalam industri ini tetapi perlukan keghairahan dan kesungguhan. Hari ini saya kongsikan tiga perkara yang perlu difikirkan sebelum memulakan perniagaan secara online.

1.Tiada Jalan Mudah

Sebagaimana sudah saya nyatakan ianya perlukan kesungguhan. Kerana itu ada yang berkata,”Usaha yang tidak kenal putus asa akan melihat hasil.” Saya pernah berusaha hingga jam 5-6 pagi dalam bisnes internet ini semata-mata untuk berjaya dalam bidang ini. Ia berkenaan sejauh mana kita mahukan kejayaan. Ia bukan untuk sesiapa yang merasakan ini adalah jalan mudah buat duit.

2. Teruskan Belajar dan Mencuba
Oleh kerana sudah tahu tiada jalan mudah maka teruskan belajar dan cuba praktikan. Masalah utama kita ini kadangkala ilmu tu sudah di hadapan mata tetapi kita bertanggung hingga lama kelamaan kita cari pula ilmu lain. Fokus tiada dan kesungguhan pun entah ke mana. Jadi mana hendak dapat hasil. Ingat, masa terbaik untuk menanam pokok ialah 20 tahun lalu dan keduanya adalah… SEKARANG. Maka teruskan belajar dan cuba praktikkan!

3. Jangan takut keluar Modal.

Apabila sudah bertemu dengan model bisnes yang sesuai maka jangan kedukut sangat hendak keluar modal. Ingat tiada jalan pintas hendak berjaya ni. Mungkin boleh diusahakan kurangkan modal dari segi wang ringgit tetapi mungkin perlu dibayar dengan modal masa yang lebih perlu diperuntukkan. Pendek kata hendak hidup senang perlu pengorbanan.

Baiklah, setakat ini cukuplah dikongsikan tiga perkara itu dahulu. Mudah-mudahan menjadi motivasi kepada yang mahu bermula. Usaha yang bersungguh2 pasti membuahkan hasil. Demi rezeki yang halal dan berkat.
InshaAllah…

 

Abu Ammar

 

Sila kongsikan jika bermanfaat....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *