Persoalkan Niat kita dalam mencari rezeki

      No Comments on Persoalkan Niat kita dalam mencari rezeki

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum memulakan langkah dalam mencari rezeki baik di alam maya ataupun du dunia luar sana persoalkan terlbih dahulu apa niat kita. Niat sebenar kita. Mungkin impian kita sudah ada tetapi niat perlu betul dan selaras dengan tuntutan agama. Niat yang betul memandu kita untuk lebih fokus dalam mencapai impian kita. Membantu kita supaya tidak tersasar. Mengelakkan kita menjadi orang yang menghalalkan segala cara dan kaedah demi mencapai matlamat. Itu Salah!

Sebagai seorang muslim sepatutnya niat kita adalah tidak lari daripada niat demi mencari redha ALLAH. Untung itu perkara selepas itu. Dengan niat yang betul kita terpelihara dengan pelbagai anasir buruk dari dalam diri kita sendiri waktu melaksanakan pelbagai perkara demi mencapai matlamat, apatah lagi setelah kita mula melihat hasil. Pada ketika ini diri kita mula diuji. Pastikan ikatan dengan Tuhan Yang Maha Memberi itu tidak terlepas. Demi menjamin keberkatan rezeki kita.

Rasulullah Shallallah alaihi wassalam sendiri ada bersabda,

“Setiap amal itu bersamanya niat. Dan setiap manusia itu akan dikira berdasarkan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya adalah kerana ALLAH dan Rasul-NYA, maka dia akan berhijrah kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Barangsiapa yang hijrahnya adalah kerana dunia untuk habuannya atau kerana perempuan untuk dinikahunya, maka dia akan pergi kepada apa yang dihajatkannya.”

Itulah Pentingnya NIAT.

Abu Ammar

Sila kongsikan jika bermanfaat....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *