Tentang Rezeki Halal

 

 

Assalamualaikum….

RezekiHalal.com ini diselenggara sepenuhnya oleh saya, Ahmad Fairoz.  Saya merupakan seorang blogger yang pernah menggunakan nama pena nuaeman pada satu ketika dahulu dan kemudian meninggalkan dunia blog untuk satu tempoh yang agak lama kerana mahu memberi fokus kepada banyak perkara lain. Di samping aktif di blog saya juga seorang yang ligat mencari ruang dan peluang menjana pendapatan di internet dan sehingga kini masih lagi aktif. Selepas hampir 5 tahun saya terasa untuk kembali aktif di blog sambil berkongsikan pengalaman2 saya serta peluang2 menjana pendapatan di Internet setakat yang saya ketahui.

Jika diimbas kembali sejarah penglibatan saya dalam dunia ‘buat duit di internet’ ini sebenarnya banyak jatuh bangunnya. Saya bermula dengan mendapat bayaran serendah 20 sen usd. Terlalu banyak perkara yang saya lakukan untuk akhirnya merasa jumlah pendapatan yang manis secara online ini. InshaAllah akan saya kongsikan.

Mengapa saya memilih tajuk blog rezekihalal.com sudah pun dinyatakan pada posting yang awal sekali. Niat saya itu tidak berubah dan doakanlah saya istiqamah dengan blog yang baru terbina ini. Banyak yang mahu dikongsikan yang mana saya harap blog ini dapat menjadi salah satu blog informasi kepada umum. Mudah-mudahan niat dan harapan saya ini terlaksana. Aamin…

Salah kenal dan saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan daripada anda semua.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.